Hasad Dengki
20/12/2012
09:04am
Assalamualaikum..hye..hello dan annyeonghaseyo !!
Pernah tak kita lihat dalam masyarakat kita budaya santau-menyantau ,fitnah-menfitnah,berburuk sangka,saling menjatuhkan antara satu sama lain dan pelbagai lagi budaya yang sama waktu dengannya ??
Dan korang tahu tak apa itu erti hasad dengki??
Baiklah..
Hasad adalah satu perkataan yang diambil dari perkataan bahasa arab yang membawa erti
dengki.
Iri ertinya seseorang cemburu melihat nikmat atau kelebihan yang diperoleh orang lain dan dia ingin mendapatkan nikmat itu dan bukan orang lain.Sedangkan dengki pula adalah benci melihat nikmat yang diterima orang lain dan berusaha supaya nikmat itu hilang.

Dalam kitab Ihya'Ulumuddin karangan imam al-Ghazali ada disimpulkan punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki.
Antaranya ialah :-
1.Perasaan permusuhan dan kebencian.

-Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian.Mereka yang disakiti oleh seseorang,pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian.Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.
2.Berasa diri mulia.

-Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan jika ada orang yang mengatasi kebolehannya.Dia tidak rela jika ada orang lain yang melebihinya.
3.Takbur.

-Orang yang bersifat takbur ialah seseorang yang mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain.Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang.Begitulah halnya dengan sikap iblis yang takbur,lalu dilaknat oelh Allah S.W.T.
4.Takut terlepas sesuatu tujuan dan habuan.

-Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan.
Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya,apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.
Walau bagaimanapun dalam islam terdapat perkara yang dibenarkan hasad iaitu :-

'Ghibtah'.

- Iri hati dengan kejayaan dan kemampuan seseorang lalu dia cuba bersaing secara sihat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara iaitu" :-

- iri hati terhadap orang yang dikurniakan harta lalu menginsafkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari.

-iri hati kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang hari.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi kesimpulannya.. adakah kita tergolong dikalangan orang yang berhasad dengki sehingga menjatuhkan maruah dan martabat seseorang??
Renung-renungkan
Dan selamat beramal